Friday, December 12, 2008

TAMAT PENGAJIAN DI PASTI SERI JATI

Setelah 2 tahun Kakak bersekolah di Pasti Seri Jati, akhirnya terpaksa menamatkan pendidikan awalnya. Bukan kerana apa, tapi sebab tahun depan kakak berumur 7 tahun dan menyambung pendidikan formal di Sekolah Rendah Batu Berendam, Melaka.

Di majlis tersebut, disamping menerima Sijil Tamat Persekolahan, kakak juga mengejutkan Mama dan Abahnya kerana menjadi Pelajar terbaik bagi subject Bahasa Melayu. Cayalah kakak..

Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Cikgu Azrin Abd Majid, Pengarah Pasti Malaysia.


No comments: